Utamakan kesihatan, elakkan penggunaan ‘vape’





Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani / Foto : Jabatan Penerangan





BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 24 Disember. - Penggunaan peranti rokok elektronik atau 'vape' semakin sering terlihat dalam lingkungan masyarakat.


Banyak yang menganggap ia sebagai alternatif yang lebih rendah risikonya berbanding rokok biasa dan ada pula yang menganggap ia salah satu cara untuk mengurangkan atau menghentikan tabiat merokok.


Namun, 'vape' tetap mengandung nikotin dan berbagai zat kimia lainnya yang boleh menyebabkan rasa ketagih atau kecanduan dan kemudiannya memudaratkan penggunanya sekali gus mengundang berbagai-bagai jenis penyakit meskipun kesannya akan memakan masa yang lama.


Selain menyebabkan kecanduan, penggunaan 'vape' dapat mengganggu kesihatan paru-paru. 


Saluran pernafasan dapat mengalami iritasi akibat asap yang dihasilkan melalui 'vape'.


Di samping itu, penggunaan 'vape' juga dapat menimbulkan masalah pada kesihatan jantung serta meningkatkan tekanan darah dan denyut jantung.


Dalam jangka panjang pula, risiko mengalami gangguan pernafasan juga turut menjadi lebih serius pada pengguna yang rutin menghirup asap 'vape'.


Sehubungan dengan perkara ini, Kementerian Kesihatan sentiasa mengingatkan orang ramai untuk sentiasa menjaga kesihatan dan menegaskan tentang larangan menggunakan 'vape' tersebut, di samping kesan dan risiko yang bakal dihadapi oleh penggunanya.


Oleh karena itu, masyarakat perlu memahami bahawa peranti rokok elektronik atau 'vape' tidak sepenuhnya selamat.


Mengetahui risiko yang ada adalah penting untuk mencegah pengaruh buruk terhadap kesihatan dalam jangka panjang.


Kesedaran dan pencegahan harus dilakukan secara menyeluruh untuk melindungi kesihatan masyarakat dengan memberikan informasi yang tepat akan mendorong masyarakat memilih cara hidup yang lebih sihat.


Close